pemeriksaan analitik? | Analitik ialah Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam. | Istilah | 26.04.2010 |
Salam.. Boleh saya dapatkan kepastian istilah "learning analytics" ditukar ke dalam bahasa Melayu adakah menjadi analitik pembelajaran atau pembelajaran analitik atau ada istilah lain yang didaftarkan. Terima kasih | Untuk makluman, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan analytic ialah analisis. Sehubungan dengan itu, dicadangkan padanan bagi rangkai kata learning analytics ialah analisis pembelajaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2018 |
saya nak dapatkan maksud analitik dan dialektika | 1. Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam 2. Dialektika pula adalah istilah lama bagi perkataan dialektik, bermaksud (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 21.01.2010 |
Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics." | Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2017 |
Mohon semakan penggunaan perkataan yang betul bagi Bahasa Inggeris, sama ada "Computing" atau "Computerization" bagi terjemahan di bawah :- Bahasa Melayu = Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik Bahasa Inggeris = Department of Intelligent Computing and Analytics / Department of Intelligent Computerization and Analytics | DBP menyediakan khidmat semakan penggunaan dan terjemahan hanya dalam bahasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, dalam pangkalan data DBP, perkataan computerization diberikan padanan pengkomputeran. Namun kami tidak mempunyai autoriti menentukan padanan bahasa Inggeris yang betul mengikut konteks yang anda berikan. | Lain-lain | 29.11.2018 |
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih. | a) persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. penyekolahan perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan. b) perpisahan hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan: Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya. c) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 05.03.2013 |