Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.dal] | اندل

Definisi : 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam harus­lah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ penga­laman; 2. menjamin ketinggian (kemam­puan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandal­kan: ~ merupakan keperluan segera bagi andai­an ramalan yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.dal] | اندل

Definisi : 1 dpt dipercayai (ttg orang). 2 dpt dijamin atau diyakini (ttg mutu, kebolehan dll). mengandalkan 1 menaruh kepercayaan pd: Sejak peristiwa itu, saya tidak mahu ~ dia lagi. 2 menjamin kesanggupan (ketinggian mutu, kecekapan dll); memberi jaminan: Saya berani ~ mutu kereta ini. andalan 1 orang yg dipercayai; orang kepercayaan. 2 sesuatu yg terjamin (mutunya, kekuatannya, kebaikannya dll). keandalan hal atau keadaan andal; sifat andal: ~ komputer jenis ini sudah diketahui umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata andal