Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah yg dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalan­an 1000 km; ~ pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira; perkiraan: ~ perbelanjaan utk tahun depan sudah dibuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan yang betul? Anggaran kos atau kos anggaran? Konteks penggunaan adalah seperti "(Anggaran kos/kos anggaran) bagi kerja ini adalah RM50" Terima kasih

Kami mencadangkan penggunaan istilah anggaran kos (cost estimate). Sekiranya tuan ingin menggunakan padanan yang lain, istilah kos jangkaan (anticipated cost) juga sesuai digunakan terutamanya dalam bidang perakaunan, ekonomi dan perniagaan.

Istilah01.04.2020
Anggaran masa utk pihak DBP meluluskan permohonan menggunakan khidmat pengesahan bahasaPada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh Negara, kami perlu mengambil lebihan masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran tuan.Lain-lain25.06.2015
Apakah perbezaan unjuran dan anggaranDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, unjuran bermaksud anggaran atau jangkaan tentang sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dan sebagainya) pada masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat unjuran  keuntungan yang lebih berbanding dengan ke­untungan pada tahun lalu.

Manakala anggara pula bermaksud jumlah yang dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: Beri anggaran berapa liter minyak diperlukan untuk perjalan­an 1000 km?; anggaran pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira:...  ia hendak berhenti di situ anggaran empat lima malam lagi.


Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai  makna yang hampir sama cuma dibezakan mengikut konteks ayat.
Makna19.12.2017
apakah maksud pengekosan sumber manusia

Assalamualaikum.

 

Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan.

Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. 

 

Lain-lain26.02.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak minta sedikit anggaran bayaran yang dikenakan sebelum saya mendapatkan maklum lanjut; untuk menjemput pihak akademik DBP dalam bengkel penulisan khususnya penulisan jenis travelog. Kalau bengkel dianjurkan oleh pelajar daripada IPT, adakah bayarannya seperti yang tertera dalam laman web akademik DBP?Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain19.10.2015
1) Aadakah DBP menyediakan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris? 2) Anggaran bayara berapa? 3) Adakah terdapat khrusus mengajar teknik penterjemahan (Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris)?

Khidmat Nasihat DBP tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-2142438 atau e-mel terjemah@tm.net.my" www.terjemah@tm.net.my  untuk keterangan lanjut.

Lain-lain14.01.2013
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat?1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia.  Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP.
Lain-lain20.02.2013
bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan penterjemahan bagi penerbitan brosur, buku, majalah dan terbitan lain institusi saya. Sekiranya boleh, berapa anggaran kos dan masa yang diperlukan. terima kasih.

Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.

Lain-lain03.02.2009
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
maksud unjuranUnjuran membawa maksud; bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, atau bahagian tempat kaki mengunjur dan anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi.Makna30.06.2009
123

Kembali ke atas