Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah yg dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalan­an 1000 km; ~ pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id peraturan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kira-kira; perkiraan: ~ perbelanjaan utk tahun depan sudah dibuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
XHOSA

Xhosa ialah orang kulit hitam yang nenek moyang

mereka berpindah ke selatan Afrika. Lebih separuh

daripada anggaran lima juta orang Xhosa tinggal di

tenggara Afrika Selatan.

UMUM 
KABEL

Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali

sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia

merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau

rantai sauh.

UMUM 
JIKEIDAN

JIKEIDAN, pasukan pertahanan awam yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 1942. Jikeidan ditubuhkan di semua negeri Tanah Melayu. Jumlah Jikeidan dan bilangan ahlinya tidak dapat dipastikan. Mengikut satu anggaran, di Singapura sahaja pada tahun 1943, terdapat sekitar 80 000 orang yang menjadi anggota Jikeidan dan mereka dipecahkan kepada 55 bahagian.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas