Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); 2. = buah ~ buah pokok anggur; ~ kering buah anggur yg dikeringkan, kismis; ~ meriam pecahan besi utk peluru meriam; air ~ a) perahan buah anggur; b) minuman keras dll yg dibuat drpd buah anggur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : ; menganggur tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di kampung itu banyak anak muda yg ~; pengangguran perihal (keadaan) meng­anggur, keadaan (ramai) orang tidak mem­punyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pem­bangunan negara; ~ bermusim peng­angguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksana­kan dll); penganggur orang yg menganggur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain; menganggur 1. mengalih, menganjak (ta­nam­an dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; angguran anggur, keratan cabang utk ditanam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya berwarna hijau atau ungu dan boleh dimakan atau dibuat minuman), Vitis spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : ; menganggur tidak bekerja: Banyak pemuda yg ~ datang mencari pekrjaan di kilang perusahaan. pengangguran keadaan atau hal tidak bekerja: Dgn bertambahnya bilangan penduduk, masalah ~ pun timbul. penganggur orang yg menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ang.gur] | اڠݢور

Definisi : keratan batang atau cabang pokok utk ditanam. menganggur 1 menanam keratan batang atau cabang. 2 mengerat batang atau cabang utk ditanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggur

Puisi
 

Mengetam papan di tanah rata,
     Buah anggur buah berangan;
Minta disiram air mata,
     Minta tidur di tapak tangan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Ali (dan , atau ) Abu terjatuh? 2) Ibu mahu beli buah anggur merah (atau , dan ) anggur hijau? Pertikaian: Kata hubung "dan" bolehkah diterima di dalam soalan-soalan ini?Y,  boleh.Tatabahasa27.10.2017
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu SingAyat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
Tatabahasa29.10.2015
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik?Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat.

Terima kasih.
Makna04.01.2018
ADAKAH INI AYAT MAJMUK 1. KIM SENG BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGANYA DI LADANG ANGGUR.Ini ayat tunggal, bukan ayat majmuk.Tatabahasa19.10.2015
Dalam karya kreatif, bolehkah kata ganti diri manusia digunakan untuk binatang. Terutama sekali dalam ayat penyata? Sila lihat contoh video ini : Kisah Musang dan Anggur - https://youtu.be/M16kcap_ZeA Terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan dia dan -nya seperti yang terdapat dalam video tersebut merupakan kata ganti nama diri untuk orang ketiga. Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut, termasuk dalam karya kreatif. Tatabahasa30.04.2021
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih.

1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.

2.  Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Tatabahasa31.05.2011
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
Apakah padanan terjemahan bagi perkataan "grape ivy"? Ia adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok ivy. Terima kasihDalam pangkalan data PRPM, tiada istilah khusus bagi perkataan "grape ivy". Padanan untuk grape ialah anggur manakala ivy ialah sejenis pokok.Tatabahasa18.01.2013
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik?Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik?
Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang.  Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my.
Sastera27.12.2013

Kembali ke atas