Sharkawi Che Din Apr 30th, 1:54pm Assalamualaikum, Mohon dimajukan kepada pegawai yang berkenaan. Saya ingin bertanyakan penyata jualan 2014 untuk buku-buku seperti yang disenaraikan: Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006) Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5 (2007) Animasi 3D (Cetakan ke 2: 2006) Terima kasih Dr Sharkawi Che Din | Kami tidak dapat memanjangkan soalan YBhg. Dr. kepada pihak berkenaan kerana tiada maklumat dalam ruangan "Maklumat Pelanggan". Mohon YBhg. Dr. menghubungi Azhar Mohamad Dora, Ketua Bahagian Pemasaran, DBP melalui talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.04.2015 |
Apakah istilah bahasa melayu 'rendering' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat berikut: "Menghasilkan animasi 3D akhir melalui proses rendering animasi" | Salam sejahtera, Tuan, Tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "rendering" dalam proses animasi. Tetapi dalam bidang kesenian terdapat istilah finished rendering- kemasan siap. Jadi, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu kemasan - rendering jika berkaitan dengan proses yang dinyatakan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 22.10.2018 |
Assalamualaikum. Saya Abdul Hizar, pelajar Penulisan Artistik dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana. Saya ingin memohon latihan industri di DBP tapi saya tidak tahu caranya untuk memohon. Apakah yang perlu saya lakukan? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan latihan industri diselaraskan dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.11.2015 |
Rina Kifley WED 8:16AM Salam, saya Rina. Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Saya mahu bertanya, bagaimana boleh saya dapatkan contact number, email dan alamat surat menyurat Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala? Diharap pihak tuan dapat membantu. Terima kasih. | SN Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah boleh dihubungi melalui alamat: 321, Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 31.08.2016 |
Tuan, Tumpang bertanya bagaimana hendak membezakan "website" dan "webpage" dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Padanan website ialah tapak web, manakala web page ialah laman web dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanyakan satu soalan.. Apakah produk hiburan multimedia ? Adakah ianya seperti alat-alat gadget yang melibatkan permainan atau sebaliknya... Terima kasih.. | Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi kata multimedia, iaitu 1. berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen terutamanya dalam membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara) 2. berkaitan dengan produk, program yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data untuk menyampaikan maklumat 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. Maka, dari segi bahasa, produk hiburan multimedia boleh meliputi apa-apa sahaja alat-alat/peranti yang menggunakan sistem komputer yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, dan data untuk tujuan hiburan, termasuk permainan. | Makna | 19.09.2017 |
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih. | Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain. | Lain-lain | 05.11.2016 |