Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj penyakit yg disebabkan oleh virus yg dijangkiti melalui air liur haiwan terutama anjing yg terkena penyakit itu, Rabies canina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjing gila


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
MIELITIS

Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau

sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh

virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu

bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis

berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala

penyakit mielitis selalunya termasuk

sakit belakang dan lumpuh.

UMUM 

Kembali ke atas