Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara dengan

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bunyi semacam kumbang menyeri bunga.

Bermaksud :

Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah tuan menyemak tatabahasa ayat di bawah terutamanya melibatkan 'di antara' 'antara' 'antara..dengan'? Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.

Penggunaan yang betul ialah seperti yang berikut:

Bahagian landasan dari stesen LRT Damai ke stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan dari stesen LRT Pasar Seni ke stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.
Tatabahasa26.05.2021
Yang betul ialah di antara...dengan atau di antara...dan?Penggunaan perkataan yang betul ialah ... di antara ... dengan ...Lain-lain28.08.2021
Yang betul ialah antara...dan atau antara...dengan?Pasangan kata sendi nama yang betul ialah "antara...dengan".Tatabahasa01.05.2015
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat.Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah.  Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan.Tatabahasa18.03.2015
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'antara' dengan 'di antara'? 2. Ayat manakah yang lebih tepat: 'Saya hadir pada jam 8:00 pagi'. atau 'Saya hadir pada pukol 8:00 pagi.'1. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak.

2. Ayat yang lebih gramatis ialah "Saya hadir pada pukul 8.00 pagi."
Tatabahasa05.06.2013
Tuan, ayat di bawah ini gramatis atau tidak? Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum. Penggunaan di antara ... dengan betul atau tidak? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Antara makan dengan minum, dia lebih suka minum." yang menunjukkan perbandingan.  "di antara"  digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya:  Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Tatabahasa13.04.2020
Apakah perbezaan antara 'Dengan itu' dan 'Lantaran itu'?Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu.Lain-lain14.09.2016
Assalamualaikum team DBP. Saya sedang menjalankan kajian bertajuk "Pertumbuhan antara negeri di Malaysia". Jadi saya ingin bertanya jika saya hendak menulis tajuk yang kesemua awalan huruf adalah besar, adakah saya perlu menulis "antara" dengan huruf A besar seperti ini - "Pertumbuhan Antara Negeri di Malaysia". Ataupun seperti ini - "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Terima kasih banyak atas perhatian tuan/puan. Selamat berpuasa.Penulisan tajuk yang betul ialah  "Pertumbuhan antara Negeri di Malaysia". Ejaan16.05.2020
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan.

Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat

Tatabahasa31.08.2015
Salam, ayat yang manakah betul? Beza masa di antara/antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.Kata sendi nama “antara” berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh didahului oleh kata sendi nama “di”, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan “dan”, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama “dengan”.

Contoh ayat:

  1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak
  2. Perbezaan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata.
  3. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
  4. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.


Cadangan jawapan:

Beza masa antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.


Tatabahasa12.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas