Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.ka.la] | اڤاکالا

Definisi : sl apabila, bilamana, ketika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apakala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan apakala @ apa kala (Mana betul)

Ejaan yang betul ialah apakala.

Ejaan03.08.2009
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
Tuan, boleh tolong jelaskan apa perbezaan rangkai kata bilamana dan bila mana? Adakah bila mana wujud dalam bahasa melayu? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, bilamana bermaksud apabila, apakala, ketika. Dalam urusan rasmi, penggunaan bilamana tidak digalakkan dan hendaklah menggunakan perkataan seerti seperti apabila, apakala dan ketika.Tatabahasa02.12.2013
apakah perbezaan penggunaan apabila dan ketikaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, apabila bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Ketika pula bermaksud waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa.Istilah20.07.2009
Salam tuan, Minta penjelasan tentang perkara di bawah : 1. Penggunaan perkataan: bila mana , seperti mana. 2. Boleh ke digunakan awalan me untuk memakan / meminum 3. Mampan atau mapan 4. wujud ke tak perkataan merbahaya.

Saudara,

Bilamana bermaksud apabila, apakala atau ketika dan sepertimana bermaksud sebagaimana atau seperti. Imbuhan me... boleh digunakan untuk kedua-duanya.  Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Tidak wujud dan perkataan yang boleh digunakan antaranya marabahaya atau berbahaya. Terima kasih.

Makna01.02.2011
Cikgu Fariz tersipu-sipu malu. Tuan Pengetua memujinya. Apakah kata hubung yang lebih sesuai untuk ayat di atas. Apabila atau kerana?Menurut Kamus Dewan perkataan “kerana” digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yang menjadi punca, manakala perkataan “apabila” pula digunakan dalam keadaan semasa, sewaktu, ketika, bilamana dan apakala. Oleh itu, dalam kedua-dua ayat yang dinyatakan, kata hubung “apabila” dan “kerana” boleh digunakan bergantung pada situasi perbualan. Cikgu Fariz tersipu-sipu malu kerana Tuan Pengetua memujinya. ( kata hubung “kerana” ini digunakan apabila menjawab pertanyaan). Cikgu Fariz tersipu-sipu malu apabila Tuan Pengetua memujinya ( kata hubung “apabila” digunakan untuk menunjukkan situasi semasa).Tatabahasa12.03.2018
Yang mana lebih tepat penggunaannya: i. Sila masuk apabila ada urusan ii. Sila masuk jika ada urusan

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan pada frasa tersebut. Namun, perkataan jika lebih kerap diguna pakai yang membawa maksud seandainya. Perkataan apabila pula membawa maksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana dan apakala. Terima kasih.

Tatabahasa08.01.2011
1. nyatakan perbezaan antara bila dan apabila 2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG. adakah penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut betul ?

1. Nyatakan perbezaan antara bila dan apabila?

Bila digunakan dalam ayat tanya kerana 'bila' merupakan kata tanya. Apabila merupakan kata penghubung ayat berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat apabila bererti pada ketika, semasa, sewaktu, bilamana dan apakala.

2. Pondok ini adalah sumbangan PIBG.

Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.

Pondok ini sumbangan PIBG (tepat)

Tatabahasa01.09.2012
Apakah perbezaan penggunaan antara perkataan-perkataan yang berikut: a) patik / hamba b) semasa / tatkala / apabila c) bagi / untuk / demi Terima kasih.a) Hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya, juga digunakan sebagai dialek di sesetengah negeri. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). b. semasa = sewaktu, pada ketika, sama masa dengan, pada ketika yang sama; apabila = semasa, waktu, bilamana, apakala; tatkala sastera lama - ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu); untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untukMakna17.09.2006
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan.

1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai.

2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'.

3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

4. kesemuanya membawa maksud yang sama.

Lain-lain07.08.2009
12

Kembali ke atas