Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.part.men] | اڤرتمن

Definisi : pangsapuri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.part.men] | اڤرتمن

Definisi : pangsapuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apartmen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi penggunaan huruf besar dalam tajuk buku, adakah perkataan "adalah" perlu dibesarkan atau dikecilkanl? Contoh: "Dunia Adalah Sebuah Apartmen" atau "Dunia adalah Sebuah Apartmen"? Buku ini ialah terbitan DBP, dan saya perlu memastikan gaya huruf besar/kecilnya.

Kata pemeri “adalah” perlu ditulis dengan huruf kecil pada tajuk buku.

“Dunia adalah Sebuah Apartment”
Tatabahasa23.02.2024
Mohon semakkan terjemahan di bawah. "My, I get to live in an apartment building before I die." Terjemahan: "Wah, saya dapat tinggal di dalam / dalam apartmen sebelum meninggal." Adakah penggunaan "di dalam" betul dalam konteks ini kerana frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang. Atau adakah dalam apartmen sudah memadai? Bagaimana pula dengan terjemahan "underwater world"? Adakah "dunia dalam air" atau "dunia di dalam air" yang lebih tepat? Kebanyakan Istilah MABBIM yang direkodkan membuang perkataan "di", contohnya seperti underwater environment menjadi "alam sekitar bawah air". Mohon penjelasan. Terima kasih.

Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat My, I get to live in an apartment building before I die ialah "Akhirnya, saya dapat tinggal di dalam  apartmen sebelum meninggal".

Untuk pengetahuan puan, "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, manakala "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang bersifat abstrak.

Untuk soalan seterusnya, padanan bahasa Melayu untuk "underwater world" ialah dunia bawah air.

 

Tatabahasa10.02.2022
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasihCadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu.Lain-lain09.03.2011
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih.Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa17.06.2009
Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room."Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis.Lain-lain14.10.2018

Kembali ke atas