Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi.tan] | اڤيتن

Definisi : 1. perkakas utk menghimpit (mengem­-pa, menyepit): ~ minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd sesuatu kata (mis ke...an, pe...an, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apitan

Peribahasa

Kuat sepit kerana kempa.

Bermaksud :

Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah perbezaan fungsi imbuhan apitan ke-...-an dan pe-...-an?Perbezaan fungsi kedua-dua apitan ialah:
1. Apitan ke-...-an ialah apitan kata kerja, contohnya kelahiran. 
2. Apitan pe-...-an ialah apitan kata nama, contohnya penamaan. 
Tatabahasa12.10.2021
Bolehkan apitan mempeR...-kan digunakan dan apa beza antara apitan memperK...-kan dengan apitan memper.. terima kasihApitan merupakan bentuk imbuhan yang terdiri daripada gabungan awalan dan akhiran untuk mengurungi kata dasar. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan apitan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan, bab Morfologi.Tatabahasa06.08.2007
Apakah makna ayat apitan @ kata apitan?Untuk makluman saudara, apitan bermaksud bentuk imbuhan yang terdiri daripada gabungan awalan dan akhiran untuk mengurungi kata dasar, contohnya peR-...-an dalam permainan, peN-...-an dalam pelaburan, dan ke-...-an dalam kecantikan. BAgi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut dan lebih banyak contoh, saudara boleh membuat rujukan pada buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa11.04.2007
apitan kata kerjaApitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Apitan yang membentuk kata kerja atau apitan kata kerja, antaranya termasuk meN-...-kan, beR-...-kan, beR-...-an, dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 190 untuk keterangan lanjut tentang Apitan Kata Kerja.Tatabahasa10.06.2009
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kanApitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut.Tatabahasa10.06.2009
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Penggunaan apitan memper-...-i tidak begitu produktif. Penggunaan apitan ini hanyalah bagi perkataan `memperingati`, `memperkawani`,`mempersuami`, dan `memperisteri`. Adakah bermaksud kata dasar lain jika menerima apitan ini dikatakan salah?Seperti yang saudara maklumi apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Tatabahasa19.04.2009
boleh tak jelaskan apitan meN-kan & meN-i... dan bila apitan tersebut digunakan.. berikan contoh.. TQVMApitan meN-...-i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN-...-kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa.Tatabahasa27.05.2011
Apitan meN...kan dalam frasa 'membuatkan Ahmad kopi' membawa maksud benafaktif. Mengapa frasa 'menghadiahkan Ahmad cincin" kurang tepat pula?Saya nampak binaan apitan meN...kan kedua-dua frasa adalan sama. Sila jelaskanPertanyaan tuan ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 207 dalam menerangkan perbezaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kuasatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Penggunaan apitan meN-...-kan dalam dalam ayat ... membuatkan Ahmad kopi ... menandakan maksud benefaktif. Tuan perlu perbezaan fungsi apitan meN-...-kan tersebut bukan kepada persamaan bentuk apitan.Tatabahasa09.09.2012
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
apitan meN-...i menandakan lokatif. Bolehkah pihak tuan menjelaskan makna lokatif dan memberikan contohnya sekali.Lokatif ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat ntuk menandakan tempat berlakunya perbuatan. Contohnya ...i dalam ayat murid-murid menaiki bas dan Ali menghampiri lembaga itu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa05.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas