Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.got] | ارݢوت

Definisi : bahasa yg khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dgn kelas sosial rendah spt pencuri atau penyeluk saku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata argot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah bahawa argot merupakan bahasa rahsia? Apakah ciri-ciri bahasa argot?Argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku. Tidak banyak maklumat tentang argot dalam pangkalan data kami, ciri utama argot ialah bersifat tidak rasmi dan digunakan dalam kelompok tertentu.Lain-lain15.04.2014
Argot merupakan bahasa rahsiA seperti bahasa terbalik. Bahasa INI digunakan supaya individu lain tidak dapat memahami perbualan pengguna bahasa rahsia. Benar atau tidal? Mengapakah argot dikaitkan dengan jargon? Apakah perbezaan argot dan jargon? Terdapat kekeliruan. Terima kasih maklum balas pihak tuan/puanMenurut Kamus Dewan edisi keempat, argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku.

Manakala jargon bermaksud bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.
Tatabahasa17.04.2014
apakah fungsi bahasa argot kepada kita selain itu apa ciri-ciri bagi bahasa argot ituMenurut Kamus Dewan edisi keempat, bahasa argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku. Maklumat lanjut mengenai ciri-ciri bahasa tersebut boleh diperoleh melalui laman web http://en.wikipedia.org./wiki/Argot.Makna01.10.2006

Kembali ke atas