Tuan/Puan, Dalam Bahasa Inggeris, "a portfolio of asets", dalam Bahasa Melayu, terjemahannya ialah "sebuah portfolio aset-aset" atau ""sebuah portfolio aset". Secara amnya, bilakah kita guna kata nama bilang (plural noun) seperti pokok-pokok, anak-anak, harta-harta dan bilakah kata nama itu tidak boleh diulang meskipun ia adalah dalam "plural form". Terima kasih. | Dalam terjemahan bahasa Melayu tidak perlu dijamakkan, memadai dengan 'Portfolio aset' atau gunakan kata 'semua', 'Portfolio semua aset'. Saudara boleh juga menggunakan kata 'semua', 'segala' dsb. untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contoh: Semua pokok, segala harta dll. | Lain-lain | 13.08.2009 |
Kaedah menggunakan tanda "/" dalam penulisan. a) Senarai aset/inventori. b) Senarai aset/ inventori. Perlu diletakkan sengkang selepas tanda "/" atau tidak? Terima kasih | Kaedah penulisan yang betul: a) Senarai aset/inventori (tidak perlu dijarakkan selepas tanda palang) | Lain-lain | 23.03.2017 |
Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan yang betul untuk "asset under management" - " aset bawah pengurusan" atau "aset di bawah pengurusan"? Terima kasih. | Terjemahan yang betul ialah aset di bawah pengurusan | Makna | 16.03.2017 |
sukuk | SIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH. | Istilah | 22.10.2010 |
Mohon bantu terjemahkan perkataan berikut: People & Capital Resources Department - Pandangan saya Modal Insan & Pengurusan Aset (Skop kerja Sumber Manusia, Pengurusan Aset Kenderaan dan Fasiliti) Talent Acquisition & Rewards - | Cadangan terjemahan bagi People & Capital Resources Department ialah Jabatan/Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Aset Cadangan terjemahan: Talent Acquisition & Reward - Pemerolehan Bakat dan Ganjaran | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2018 |
BUDAYA KITA ASET PELANCONGAN NEGARA. BAHASKAN PENDAPAT INI.(350 PATAH PERKATAAN) | Pihak DBP tidak membantu pengguna bahasa untuk menyediakan esei atau tugasan. Saudara boleh membaca atau merujuk makalah berkaitan perkara ini di dalam majalah, surat khabar atau risalah yang terdapat di pasaran. | Lain-lain | 12.03.2008 |
Perkataan asset atau aset? Yang mana satu yang tepat? | Ejaan yang tepat ialah aset | Istilah | 05.03.2020 |
penggunaan ayat di bawah betuk ke salah. Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia. Mohon beri penjelasan. | Ayat yang puan berikan ialah "Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia." Ayat ini boleh diperbaik sedikit kepada: Kesihatan diri merupakan aset penting bagi kehidupan yang sihat dan bahagia. | Lain-lain | 11.10.2016 |
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV? | Saudara Joseph, Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'. | Istilah | 22.06.2009 |
Adakah terjemahan Asset Facilities Management berikut tepat Pengurusan Kemudahan dan Aset | Kami mencadangkan Asset Facilities Management diterjemahkan kepada Pengurusan Kemudahan Aset. | Lain-lain | 24.07.2017 |