Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.li] | اصلي

Definisi : 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ pen­duduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg ber­asal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang; keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.li] | اصلي

Definisi : 1 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: getah ~; emas ~. 2 bukan tiruan atau bukan jiplakan: Inilah karangan ~ pengarangnya, bukan terjemahan drpd karangn lain. keaslian keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asli

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG ASLI ARAWAK

Orang Asli Arawak ialah Orang Asli Amerika

pertama yang ditemui oleh Christopher Columbus

pada tahun 1492. Orang Asli Arawak pernah tinggal

di kebanyakan pulau di Hindia Barat. Orang Asli

Arawak yang tinggal di kawasan timur Cuba dan di

Pulau Hispaniola serta Pulau Puerto Rico di

Kepulauan Caribbean juga dikenal sebagai Orang

Asli Taino. Kumpulan Orang Asli Amerika lain yang

menggunakan bahasa Arawak tinggal di Lembangan

Sungai Amazon dan kawasan lain Amerika Selatan.

UMUM 
ORANG ASLI CHEYENNE

Orang Asli Cheyenne ialah satu puak Orang

Asli Amerika yang terpisah, iaitu kaum Cheyenne

Utara dan kaum Cheyenne Selatan. Lebih kurang

2500 Orang Asli Cheyenne Utara tinggal di

kawasan tanah rizab Montana, dan kira-kira 2200

Orang Asli Cheyenne Selatan tinggal di Oklahoma.

Ramai juga Orang Asli Cheyenne tinggal dan

bekerja di bandar.

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM 
ASLI BUDAYAKonsep
ORANG ASLI TASMANIA

Orang Asli Tasmania kini kebanyakannya

berasal daripada kaum wanita puak Orang Asli

Australia yang dahulunya dibawa dari Tasmania ke

pulau berdekatan di Selat Bass oleh penangkap

anjing laut Eropah pada awal tahun 1800-an. Orang

Asli Tasmania pada masa itu berjumlah kira-kira

5800 orang. Mereka hidup di seluruh Tasmania,

tetapi komunitinya tertumpu di Hobart, Burnie,

Launceston, dan Kepulauan Selat Bass.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA

Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali

sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah

orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana

selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah

sampai.

UMUM 
PERANG ORANG ASLI AMERIKA

Perang Orang Asli Amerika ialah

peperangan antara Orang Asli Amerika dengan

orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah

subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini

dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan

legenda tentang kehidupan dan perkembangan

di sempadan Amerika.

UMUM 
DIALEK MELAYU ORANG ASLIDIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut.BAHASABahasa
GETAH ASLIBahan yang diperoleh daripada pokok getah janis Hea Brasiliensis yang berasal dari Brazil.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
12345678910...

Kembali ke atas