Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Asyik-asyik jumpa AlongZaharah NawawiDewan Masyarakat1 February 2003
Asyik... tarian klasikRoshaDewan Budaya1 February 2008
Asyik Memangku Tangan, Mati dalam Angan-anganArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 May 2003
AsyikBarraIbu1 September 2001
Jangan asyik ajar tarik nafas [diwawancara oleh Pyanhabib]Sani SudinMastika1 June 1990
Amelina yang asyikHarahap, DarwisPelita Bahasa1 April 1997
Rindu Yang AsyikSolihin OsmanAl Islam1 February 1998
Lalai, lengah, asyik, dan lekaLatifah OthmanPelita Bahasa1 October 1993
Pertandingan akhir juara Asyik 2007RoshaDewan Budaya1 December 2007
Mengharung Samudera Insaniyah Meneguk Asyik Syarbat PeradabanAhmad Kamal AbdullahDewan Sastera1 April 2002
12

Kembali ke atas