Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1 mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2 sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. keasyikan rasa asyik; kelekaan: Mereka menjadi lalai dlm ~ menikmati hiburan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan “asyik” - bolehkah ia digunakan sebagai contoh ayat Bahasa Melayu seperti ini “Ali, kamu sangat asyik!” untuk memberi makna Ali itu seseorang yang menyeronokkan?

Perkataan “asyik” kurang sesuai digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Asyik bermaksud menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan) dan sedang sibuk, leka (dengan sesuatu), khayal (melakukan sesuatu). Perkataan yang lebih sesuai ialah menghiburkan, menggirangkan dan menggembirakan.  

Lain-lain24.02.2021
Penggunaan tanda baca yang mana betul? "Kamu mahu jadi apa, asyik makan coklat sahaja?" @ "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja.""Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja."Ejaan13.10.2011
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
Selamat pagi, ingin bertanya, apakah perbezaan antara leka, khusyuk dan asyik? Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk ayat ini? (Leka/ asyik/ khusyuk) ?

Saudara boleh membuat carian sendiri dengan mengklik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri untuk menyemak maksud kata leka, asyik dan khusyuk dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh ayat “Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya” kata “leka dan asyik sesuai digunakan.

Makna27.06.2022
tuan, mengapakah dia asyik merungut-rungut saja sejak tadi? apakah kesalahan dalam ayat ini?Mengapakah dia asyik merungut-rungut sahaja sejak tadi? - ayat ini betul.Tatabahasa09.08.2011
Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara.Tatabahasa08.07.2013
'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi"

Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis.
Tatabahasa18.07.2013
Adakah ayat berikut tepat? 1) Jika kita asyik memenuhi masa kita dengan bermain permainan komputer, ia boleh menyebabkan ketagihan. 2) Ketagihan permainan komputer dalam kalangan kanak-kanak merupakan salah satu masalah yang dihadapo ibu bapa.Ayat yang tepat bagi soalan 1 ialah Jika kita asyik memenuhi masa dengan bermain permainan komputer, ianya boleh menyebabkan ketagihan. Ayat bagi soalan 2 sudah betul cuma mohon dibetulkan ejaan "dihadapi".Tatabahasa11.05.2021
berdasarkan jawapan yang diberi oleh Tuan.. Salam sejahtera RAHMAT B. RAMLI, Soalan : 'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. Jawapan : Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. tetapi.. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. boleh Tuan jelaskan..Penggunaan dari dan sejak secara berurutan dianggap lewah. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.07.2013
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?
Jawapan:
Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat.
Tatabahasa17.08.2014
12345

Kembali ke atas