Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup yg ditulis sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup peribadi yg ditulis sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autobiografi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi karangan autobiografi, adakah "beliau" boleh digunakan untuk memanggil tuan? Contohnya, Tuan aku bernama Ali. Beliau menjaga aku dengan baik.Perkataan "beliau" dalam ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa07.04.2013
Saya ingin dapatkan sinopsis cerita "KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN"Salam. Buku Kanang adalah buku autobiografi. Sehingga kini pihak kami belum lagi membuat sinopsis buku autobiografi. Walau bagaimanapun buku tersebut ada dijual di Kedai Buku Koperasi DBP. Sdr digalakkan memilikinya dan membuat sinopsis tersebut. Sekian dan wassalam. Lain-lain14.04.2009
Salam Sejathera. Dalam penulisan karangan jenis autobiografi, (tuan aku)amat menyayangiku dan 'tuanku' amat menyayangiku. Adakah kedua-dua boleh diterima? terima kasih

Ayat yang betul ialah tuan aku amat menyayangiku.

Lain-lain12.05.2010
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih.
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku.
Tatabahasa27.12.2012
Bolehkah peribahasa bagai menatang minyak yang penuh digunakan dalam karangan jenis autobiografi. Misalnya, Aku sepasang kasut. Contoh ayatnya. Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Terima kasih.Penggunaan peribahasa dalam ayat "Tuan aku selalu menjaga aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh" adalah betul. Tidaklah menjadi suatu kesalahan menggunakan peribahasa dalam penulisan asalkan disesuaikan dengan maknanya dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa10.08.2011
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik.1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk  jawapan= meliang liuk.

2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan?
Jawapan = boleh

3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. 
Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.
Tatabahasa28.08.2012

Kembali ke atas