Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup yg ditulis sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.bio.gra.fi] | اءوتوبيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup peribadi yg ditulis sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autobiografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 
WHITE, PATRICKPenulis novel, puisi, cerpen, drama dan autobiografi.SASTERATokoh
KISAH PELAYARAN ABDULLAH

Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya

autobiografi yang ditulis oleh Abdullah

Abdul Kadir Munsyi (1796–1854) atau lebih dikenali

sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak

oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889.

UMUM 
STRINDBERG, AUGUST

Strindberg, August (1849–1912), penulis

Sweden, ialah salah seorang tokoh utama dalam

sejarah drama moden. Eksperimennya dalam

bentuk drama, ekspresinya yang dinamik, dan

bahasanya yang menyerlah mempengaruhi

perkembangan naturalisme dan juga

ekspresionisme dalam drama. Strindberg juga

menulis novel, cerpen, esei, puisi, dan karya-karya

autobiografi.

UMUM 
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
PADA SEBUAH KAPAL

PADA SEBUAH KAPAL, novel karya Nh. Dini. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Jaya di Jakarta pada tahun 1973. Pada Sebuah Kapal merupakan karya semi-autobiografi. Banyak peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nh. Dini, seperti perkahwinannya dengan seorang diplomat Perancis dan ketidaksesuaian pasangan suami isteri dipaparkan dalam novel ini. Para pengkritik pula menganggap novel ini sebagai karya yang bermutu.

SASTERAPenerbitan
SMETANA, BEDRICH

Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah

penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák

dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik

kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana

memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech.

Operanya yang termasyhur ialah The Bartered

Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik

ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma

Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini

termasuklah River Moldau yang dikenali ramai.

Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi

Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi

kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah

berketurunan Czech.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 
AUER, LEOPOLD

Auer, Leopold (1845–1930), pemain violin

Hungary, menjadi salah seorang guru violin yang

paling terkenal pada zamannya.

Auer memulakan kaedah baru bermain violin

dan teknik tunduk. Pada tahun 1868, dia menjadi

profesor di Kolej Muzik St. Petersburg, Rusia.

Beliau memegang jawatan ini hingga tahun 1917.

Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah

Mischa Elman, Jascha Heifetz dan Nathan Milstein.

Auer menulis tentang kaedah dia mengajar dalam

Violin Playing as I Teach It (1921) dan Violin

Masterworks and Their Interpretation (1925). Dia

juga menulis sebuah autobiografi, My Long Life in

Music (1923). Auer lahir di Veszprém.

UMUM 
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan
12

Kembali ke atas