Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamu (kata nama)
Bersinonim dengan engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuan, tuanku, puan, cik, cik puan, anda, hang, kome, mu, mika, anta, ante, tuan hamba;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. minta ajar... (Awak / Kamu) berdua pergi ke mana? kata Wei Ming kepada Zali dan Rani. terima kasih...Jawapan yang betul ialah: Kamu berdua pergi ke mana?Tatabahasa08.08.2017
Apakah KGND ke-2 yang sesuai untuk ibu bapa memanggil anak mereka? Adakah 'kamu', 'awak' atau 'kau'? Bagaimana pula dengan orang lebih tua (pak cik/mak cik)? Apakah KGND yang digunakan oleh golongan ini untuk memanggil golongan yang lebih muda? Adakah 'awak', 'kamu' atau 'kau'?"Kamu" digunakan kepada "orang yang lebih rendah umur dan taraf", manakala "Awak" dan "kau" digunakan kepada "orang yang sama taraf atau sesama rakan sebaya". Oleh itu, kata sapaan yang sesuai ialah "kamu".Tatabahasa22.02.2015
Apakah perbezaan antara konteks penggunaan kata ganti diri kedua "anda", "awak" "kamu "dan "kalian"? Terima kasih

Antara perbezaan kata ganti diri kedua tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Anda ialah kata ganti diri kedua  yang tidak membezakan taraf, peringkat dan umur  seseorang.

b) Awak ialah kata ganti diri kedua yang digunakan biasanya sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur

c) Kamu ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf.  

d) Kalian ialah kata ganti diri kedua yang digunakan untuk merujuk kepada lebih seorang atau semua orang, biasanya dalam bahasa percakapan.  

Tatabahasa30.01.2009
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul.

Tatabahasa25.02.2011
Apakah makna ayat imperatif?Makna ayat imperatif ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaanMakna16.07.2006
Apakah perbezaan antara " kamu" dengan "kalian"?Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), ataupun awak, engkau, manakala kalian ialah bahasa percakapan bagi awak (kamu) semua. Oleh itu untuk situasi rasmi kamu paling sesuai digunakan.Makna08.08.2008
Saya ingin tahu perkataan "You" boleh digunakan dalam bahasa Malaysia atau tidak. Kerana saya terjumpa perkataan ini terdapat dalum kamus dewan edisi tiga semasa saya semak dengan onlineMengikut Kamus Dewan Edisi 4 kata you merupakan bahasa percakapan yang bermaksud ganti nama diri kedua,awak,kamu,engkau,anda. kata ini bukan kata ganti nama yang baku dan digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa02.08.2007
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi.Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri keduaTatabahasa13.08.2007
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
Apa beza antara 2 perkataan ini? Kamu awak Penggunaan....contoh ayat.. terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. 
Contoh ayat ialah:
1. 'Di manakah kamu/awak bersekolah?
2. Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' 
Tatabahasa29.06.2016
123456

Kembali ke atas