Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bab] | باب

Definisi : 1. Ar pintu; ~ al-mandeb pintu air mata; 2. bahagian(-bahagian) dlm sesebuah buku yg selalunya diberi tajuk atau dinombori (spt I, II, III, dsb): buku itu mengandungi sepuluh bab; 3. hal mengenai sesuatu, fasal: bab-bab perkahwinan dan perceraian diserahkan kpd mahkamah syariah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bab] | باب

Definisi : 1 bahagian dlm sesebuah buku: Buku ini terbahagi kpd tujuh ~. 2 fasal; hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTLLAH BAHASA MELAYU

PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTlLAH BAHASA MELAYU, buku pedoman untuk penggubalan istilah.  Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1975.  Penerbitnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi kedua buku ini diterbitkan pada tahun 1987. Buku setebal 35 halaman ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Bab Pertama: Konsep-konsep Dasar, Bab Kedua: Sumber Istilah, Bab Ketiga: Unsur dan Proses Tatabahasa dalam Peristilahan, Bab Keempat: Aspek Makna dalam Pembentukan Istilah, Bab Kelima: Istilah Singkatan dan Lambang dan Bab Keenam: Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman.

BAHASABahasa
OLENKA

OLENKA, novel karya Budi Darma. Novel ini diterbitkan pada tahun 1983. Olenka mengandungi 232 halaman dan mempunyai empat bab utama, dan setiap bab mempunyai sejumlah subjudul. Novel ini berlatarbelakangkan Amerika Syarikat dengan semua tokoh terdiri daripada orang Amerika. Tiap subjudul diberi catatan kaki yang diperlukan.     

SASTERAKarya
AL-SYIQAQ I'

AL-SYIQAQ I’, novel yang ke-11 karya Shahnon Ahmad yang dihasilkan pada tahun 1985, mengandungi 85 bab yang membentangkan persoalan hidup ahli-ahli zuriat satu keluarga daripada empat generasi dalam tiga latar yang berlainan.

SASTERAKonsep
SURAH AL-TALAQ

Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana

perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan

isterinya dalam keadaan haid, berita itu

kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah

s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda.

Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya

merujuk semula kepada isterinya dan menunggu

sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn

Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah

suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di

dalam surah ini.

UMUM 
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB

Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah

ensiklopedia komprehensif sastera yang

mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis

oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al-

Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang

diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30

jilid yang berpandukan sumber-sumber yang

berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala

kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan

ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana

kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat

analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia

yang komprehensif. Ia juga menunjukkan

perkembangan penulisan dan pembahagian bab.

Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya

kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang

dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya,

dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu

dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian.

Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa

bab dan fasal.

UMUM 
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
LINGKARAN

LINGKARAN, novel karya Arena Wati. Novel ini diterbitkan pada tahun 1965 oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Naskhah asalnya berjudul “Tumbangnya Pokok Tak Berlangit” yang ditulis pada tahun 1962 untuk peraduan mengarang novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah mendapat hadiah penghormatan. Novel yang dicetak setebal 264 halaman ini mengandungi  18 bab.

SASTERAPenerbitan
BHAGAVAD-GITA

Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci

agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita

bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam

bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-

Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia

telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India

yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.

Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali

sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an

M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah

sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,

puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).

Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi

kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah

ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada

tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.

UMUM 

Kembali ke atas