Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embankain pembalut badan, dada atau perut ssoKamus Dewan Perdana
mengengsotkanmenggerakkan (badan, punggung dll) sedikit demi sedikit tanpa mengangkatnyaKamus Dewan Perdana
enjet(bkn sso) suka bergaya atau melentik-lentikkan badan ketika berjalan utk menarik perhatianKamus Dewan Perdana
epizoithaiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginyaKamus Dewan Perdana
mengegoskanmemusingkan atau membelokkan (badan, kereta, motor dll) utk mengelakkan kemalangan, pukulan dllKamus Dewan Perdana
mengendanmenolak (sst atau sso) dgn menggunakan badan, tangan dllKamus Dewan Perdana
enakmenundang-undang bertulis yg diluluskan oleh parlimen atau badan lain yg berkuasa membuat undang-undangKamus Dewan Perdana
EAECEast Asia Economic Caucus (Kumpulan Perundingan Ekonomi Asia Timur). EAEC ialah sebuah badan di bawah ISIS yg diwujudkan pd tahun 2003, menjalankan kajian berasaskan dasar bebas, persidangan dan perangkaian thp rantau Asia TimurKamus Dewan Perdana
ekstensigerakan yg terhasil apb otot tertentu mengecut, menyebabkan anggota badan yg berkenaan menjadi lurusKamus Dewan Perdana
euritmiksistem latihan muzik utk memahami ritma melalui gerak anggota badanKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas