Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yg mana betul? Badan- badan kepimpinan pelajar sekolah @ badan-badan kepemimpinan pelajar sekolah??Ditulis dengan huruf kecil,iaitu badan-badan kepimpinan pelajar sekolah.Tatabahasa12.07.2013
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu.

Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah  Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS),    Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. 

 

Lain-lain15.01.2011
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan.Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia).Makna13.02.2007
salam.Saya ingin bertanya adakah sesuatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat pemantauan daripada pihak DBP? hal ini kerana, beberapa bulan yang lepas, saya terbaca surat yang dikeluarkan oleh pihak bomba terdapat banyak kesalahan bahasa termasuk ejaan lama. bukankan surat tersebut merupakan surat rasmi dan sebagai satu badan yang dikenali umum, saya berpendapat kesalahan tersebut tidak wajar dilakukan. diharap pihak DBP dapat memantau hal ini.terima kasih.Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peyemak atau memantau surat daripada mana-mana agensi secara langsung. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa untuk masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan di jabatan masing-masing.  Lain-lain24.10.2008
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga.Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.Lain-lain11.05.2007
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri.

.

Lain-lain26.11.2008
Salam sejahtera. Saya sedang mancari terjemahan istilah "capacity building" atau "capacity development" yang sering kali digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, badan-badan kementerian mahupun organisasi-organisasi secara amnya. Saya sedang menggunakan istilah "pembangunan keupayaan" buat masa ini sehinggalah saya menjumpai istilah yang lebih baik. Terima kasih atas maklum balas tuan.Istilah "capacity building" atau "capacity development" boleh diterjemahkan sebagai "pembinaan keupayaan", "pembinaan kapasiti", "pembangunan kapasiti" atau "pembangunan keupayaan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.05.2022
Saya berasa sakit badan. Saya sakit badan. Sama maksud ke?Saya berasa sakit badan. Saya sakit badan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.Tatabahasa25.09.2022
Apa maksud badan bebas?Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. Makna27.05.2008
MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERISBadan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas