Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tubuh badan penguatkuasa hakcipta: badan-badan penulis sambut baiklangkah kerajaanTiadaUtusan Malaysia23.01.1976
Badan-badan budaya Melaka giat jalani latihanOthman MuhammadUtusan Malaysia20.06.1974
Badan-badan penulis Melaka sambut baik langkah MPMT popularkan tulisanjawiTiadaHarian Nasional16.07.1984
Badan-badan budaya diingat awasi kegiatan masing-masingTiadaHarian Express19.02.1985
Badan-badan bahasa sokong pendirian UMNOTiadaBerita Harian18.09.1984
Badan-badan seni akan terus diberi bantuanTiadaBerita Harian02.03.1984
Badan-badan penulis, syarikat swasta disaran adakan anugerah untukpenulis wanitaTiadaDaily Ekspress28.08.1989
Badan-badan seni budaya diseru anjur pesta hujung mingguTiadaUtusan Malaysia26.12.1972
Badan-badan perubatan tradisional dari berbagai kaum akan disatukanTiadaBintang Timur04.07.1978
Badan-badan seni gembira dengan kadar sewa auditoriumTiadaBerita Harian07.01.1984
12345678910...

Kembali ke atas