Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai] | باݢاي

Definisi : 1 seperti: ~ kucing dgn anjing. 2 banding; persamaan: Kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya. berbagai ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. berbagai-bagai bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. bagaikan umpama; laksana. pelbagai berbagai-bagai. mempelbagaikan menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. sebagai 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)

166

The dogs bark, but the caravan goes on

Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan.

Bagai anjing menyalak di ekor gajah.

Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on

Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagai laut tidak bertepi, Bagai rembang di tengah hari; Dalam sekam ada api, Dalam daging ada duri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kurus tubuh bagai melayang, Kurus menagih rasa simpati; Kusimpan kasih kusimpan sayang, Kusimpan dalam lipatan hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Terang bulan bagai dibasuh, Sampai sekarang terang juga; Terkenang sekali pernah jatuh, Sampai sekarang tergamang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan bagai diukir, Pinang sendawa dari Makasar; Kalau saya setianya mungkir, Tuntut dakwa di Padang Mahsyar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas