plain style | gaya lugas | Kesusasteraan | Puisi | Cara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah. |
floodways | alur bah | Landskap | Tiada | Lihat alur banjir. |
informal pattern | pola tak formal | Landskap | Tiada | Corak susunan tumbuhan atau bah an lain yang dibuat secara bebas atau semula jadi dan tidak geometri. |
plant container | bekas tanaman | Landskap | Tiada | Bekas yang diperbuat daripada pelbagai jenis bah an dan digunakan sebagai tempat menanam tumbuhan. |
concrete paving block | blok turap konkrit | Landskap | Tiada | Blok yang diperbuat daripada bah an konkrit dan digunakan untuk menutup permukaan seperti penurap monier. |
planting design | reka bentuk penanaman | Landskap | Tiada | Reka bentuk yang menekankan penggunaan bah an tanaman dari aspek fungsi, peletakan dan pemilihannya. |
cyanide poisoning | keracunan sianida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada sebatian sianida yang mungkin terkandung dalam bah an seperti min yak badam pahit, sirap ceri liar, asid prusik, asid hidrosianik, kalium sianida, dan natrium sianida. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan sebatian sianida, sianogen klorida, asetonitril dan bahan yang membebaskan ion sianida menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Keracunan kronik akibat penyedutan sianogen klorida pula menyebabkan pening, keadaan lemah, kesesakan paru-paru, kegarauan, konjunktivitis, hilang selera makan, hilang berat badan, dan kemerosotan mental. Penemuan makmal dalam keracunan sianida akut termasuklah asidosis metabolik teruk. Penemuan patologi dalam kes parah adalah tidak berciri. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa bedah siasat. |
texture gradation | peralihan tekstur | Landskap | Tiada | Perubahan tekstur sentuh dan visual secara beransur-ansur. Contohnya, perubahan tekstur sesuatu bah an daripada halus kepada sederhana dan kasar semasa membina permukaan laluan pejalan kaki. |
floodways | alur banjir | Landskap | Tiada | Laluan berturap yang dibina untuk mengalirkan air berlebihan bagi mengawal banjir. Contohnya, longkang berkonkrit. Sinonim alur bah. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |