Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : aman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagia

Peribahasa

Tuah anjing,
     celaka kuda.

Bermaksud :

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul? 1. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. 2. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.

Ayat :(1)   Saya mempunyai keluarga yang bahagia' dan ayat  (2) Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Kedua-dua ayat betul. Untuk makluman,  kata 'sebuah' dalam ayat (2) merupakan penjodoh bilangan yang bukan merupakan unsur wajib dalam ayat.

Tatabahasa21.02.2011
SALAM BAHAGIA Bolehkah saya menggunakan : "PEMAKLUMAN PEMOTONGAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017" sebagai tajuk surat rasmi? pernyataan "PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN GST DAN KAWASAN DI LOT 354, KOTA TINGGI BAGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA" tidak boleh diubah kerana telah terkandung di dalam kontrak Sekian terima kasihSalam Sejahtera,

Boleh digunakan.
Lain-lain20.12.2017
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

Tuan,

Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
Salam bahagia. Kami akan membuka sebuah klinik pergigian di sebuah kompleks membeli-belah. Untuk memohon lesan iklan, pihak berkuasa Majlis Bandar Subang Jaya mahu kami melampirkan iklan/nama klinik kami kepada pihak tuan supaya pihak tuan mengesahkan ejaan perkataan "Klinik Pergigian Woo" adalah betul. Tolong bagi tahu cara untuk meminta pengesahan name klinik daripada pihak tuan. Sekian. Terima kasih. Dr. Woo Soey Geok/03-7806-1755Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain26.04.2017
Salam bahagia, Cikgu Awang mengatakan bahawa kata sendi nama ‘antara’ menjadi penanda jamak bagi perkara yang hendak disenaraikan, maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Cikgu Sariyan pula mengatakan kata nama yang mengikuti kata sendi nama ‘antara’ boleh digandakan bergantung pada konteks penggunaan. Pada pengamatan saya, jawapan yang kedualah yang masuk akal. Kata nama tidak perlu digandakan kerana menyatakan satu perkara sahaja: Antara faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. Kata nama perlu digandakan kerana menyatakan lebih daripada satu perkara: Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Demi meleraikan kemusykilan bahasa ini, saya mencadangkan ayat-ayat tersebut ditulis seperti yang berikut: (a) Salah satu faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah kepincangan keluarga. (b) Faktor-faktor yang menyebabkan masalah sosial ialah/termasuklah kepincangan keluarga, kekurangan didikan agama dan moral, kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh rakan sebaya. Penjelasan ini berdasarkan hukum tatabahasa bahasa Melayu yang mengatakan bahawa frasa sendi nama tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Dengan ini, diharapkan bahawa masalah tersebut dapat dileraikan. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Untuk makluman, pendapat yang diberikan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, dalam apa pun keadaan, DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan. Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku tersebut.Tatabahasa22.12.2016
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
Salam bahagia, saya telah berinisiatif untuk mencari entri 'banyak' dalam Kamus Dewan atas talian DBP untuk mengenal pasti golongan/kelas kata dan maknanya tetapi tidak saya temukan. Kata 'banyak' kerap digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Malangnya pada pengamatan saya, kata ini acap kali disalahkan kerana jahil akan golongan kata, makna dan penggunaannya. Untuk meleraikan kemusykilan bahasa ini demi kemaslahatan orang ramai, besarlah harapan pihak tuan/puan memberikan penjelasan dari segi morfologi dan semantik. Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Berdasarkan carian kami,  entri "banyak" terdapat pada halaman 9 Kamus Dewan di PRPM.Tatabahasa20.12.2016
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa.Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain.  Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan.  Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran.Makna24.07.2012
Salam bahagia, Sila jelaskan ayat manakah yang menggunakan tanda koma dengan betul. (A) Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar. (B) Ibu Ali membeli sayur, ikan, dan ayam di pasar. Sama ada A betul atau B betul, atau kedua-dua boleh diterima. Sekian, terima kasih.Ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul ialah Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar.Ejaan23.05.2012
Salam bahagia dan salam satu Malaysia. 1. Saya ingin mengetahui cara-cara untuk menghantar karya-karya yang dihasilkan oleh sendiri secara online?

Hantarkan sahaja karya itu kepada editor majalah, Abd. Razak Abu Bakar melalui emel razak3@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain02.04.2010
1234

Kembali ke atas