Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis
novel yang sangat digemari di England. Tulisannya
mengandungi sindiran tentang institusi-institusi
sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada
enam novelnya, mengisahkan seorang wanita
bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas
menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali
melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu
sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal
diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk
perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang
dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam
mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya
tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang
ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.