Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : 1. suasana senang dan aman, aman damai serta gembira: maka hiduplah mereka berdua dgn aman ~; 2. = berbahagia beruntung: moga-moga ~lah engkau kelak;membahagiakan membuat bahagia, mendatangkan bahagia: tidak sanggup ia ~ suaminya; kebahagiaan perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gia] | بهاݢيا

Definisi : aman damai serta gembira: Mereka sekeluarga hidup ~ walaupun secara sederhana. berbahagia berasa aman damai serta gembira; beruntung: Rajin-rajinlah belajar, semoga engkau ~ kelak. membahagiakan mendatangkan rasa bahagia; menjadikan bahagia. kebahagiaan keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagia

Peribahasa

Tuah anjing,
     celaka kuda.

Bermaksud :

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jambatan emas.Jalan mencapai bahagia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah anjing, celaka kuda.Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan berlian jangan dipijakkan.Untung bahagia jangan dielakkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan naik matahari naik.Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah gedang ketirisan.Perempuan yang tidak membawa bahagia kepada suaminya. ketirisan = kebocoran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan naik.Mendapat untung dan bahagia silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung ada tuah tiada.Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telaga di bawah gunung.Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas