10.1.102.45


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
langgai bubu[lAN.gAj bu.bu] bahagian belakang langgai yang berjaring halus, berkerucut serta berinjap. Langgai diangkat separuh menegak ke arah badan sambil digoncang-goncangkan supaya anak udang terus masuk ke dalam kerucut.Langgai bubu kau dah penoh, masokkan dalam bakol.[lAN.gAj bu.bu kAw dAh p«.noh mA.so/.kAn dA.lAm bA.kol]Langgai bubu kau dah penuh, masukkan dalam bakul.
   2. mendukung seseorang di bahagian belakang badan; encang.Meh atuk cangcang engkau, boleh jalan cepat sikit.[meh A.tu/ tSAN.tSAN «N.kAw bo.leh dZA.lAn tS«.pAt si.ket]Mari atuk dukung engkau di belakang, boleh jalan cepat sikit.
lidah lopak-lopak[li.dAh lo.pA/.lo.pA/] bahagian belakang pelepah pisang yang dipotong beberapa bilah tanpa putus dan dikopakkan menegak menyerupai lidah, digunakan dalam permainan lopak-lopak.Lidah lopak-lopak kau ni siket sangat, tak banyak le bunyi die.[li.dAh lo.pA/.lo.pA/ kAw ni si.ket sA.NAt tA/ bA.øA/ l« bu.øi di.j«]Lidah lopak-lopak engkau ini sedikit sangat, tidak banyaklah bunyinya.
lopak-lopak[lo.pA/.lo.pA/]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan.Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude.[nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«]Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda.

Kembali ke atas