Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu bagaimana untuk membezakan penggunaan 'berbanding' dan 'dibandingkan'? Adakah di bahagian belakang 'dibandingkan' perlu ada perkataan dengan? Contoh: Jumlahnya seganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama / Jumlahnya seganda lebih tinggi dibandingkan dengan tempoh yang sama. Bolehkah pihak DBP berikan pencerahan? Terima kasih.Sama ada "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan".Tatabahasa16.09.2019
mohon bantuan pihak tuan untuk mencari padanan kata dalam bahasa Melayu untuk tempat simpanan barang di bahagian belakang kereta (bahasa inggeris -boot).

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "boot" dalam bahasa Melayu ialah but.

Istilah13.10.2010
boleh bagi contoh sebutan sumbang yang tidak boleh digunakan untuk membina sesuatu istilahKata tersebut ialah buritan bagi maksud bahagian belakang perahu.Lain-lain29.01.2008
APAKAH NAMA TEMPAT MENYIMPAN BARANG DI DBELAKANG KERETA ? BOLEHKAH KALAU DIISTILAH SEBAGAI BUT KERETA?

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, ruang atau tempat letak barang dalam kereta, biasanya terletak di bahagian belakang dipanggil but.

Istilah27.10.2009
Nazrul Tamdjis Dec 16th, 6:28pm Salam. Saya ada membeli buku lorong karya Othman Hj Zainuddin. bila sy baca 3 /4 buku baru perasaan buku ini salah dicetak. bab 1,2 dan 3 diulang cetak di bahagian belakang menyebabkan cerita tergantung. Saya membelinya di pesta buku 1 Malaysia. Amat mengecewakanWaalaikumussalam. Encik Nazrul, pertama sekali saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Dalam hal ini, saya memohon tuan mengembalikan buku tersebut kepada pihak Koperasi yang berpejabat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekiranya tuan berada di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran dengannya, tuan boleh datang sendiri dan berjumpa dengan pegawainya, Encik Isa bin Khamis ataupun Encik Mat Zaini bin Mat Noor untuk penggantian buku tersebut. Pegawai ini boleh dihubungi melalui telefon 03-21479675/0102637174. Untuk keterangan lanjut, tuan juga boleh menghubungi editor buku tersebut, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdul Hadi di talian 03-21479516. Pada naskhah yang kami ada, tidak berlaku kesilapan tersebut.Lain-lain16.12.2014
Salam sejahtera! Apakah istilah hatchback di dalam bahasa Melayu? Adakah ianya hacbek? Terima kasih.Maksud 'hatchback' dalam bidang kejuruteraan automotif ialah hacbek iaitu jenis kereta yang mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek dan pintu ruang bagasinya bersambung dengan cermin belakang.Makna12.11.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya, Lizawati Salahuddin pensyarah dari Jabatan Kejuteraan Perisian, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan penggunaan perkataan back end. 1. Yang manakah penggunaan perkataan yang betul dalam bidang komputer: back end, backend, ATAU back-end? 2. Apakah istilah rasmi Bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dalam bidang komputer? Mohon kepastian daripada pihak DBP. Terima kasih.

Waalaikumussalam. 1. Dalam bidang komputer, kelazimannya ejaan yang digunakan ialah back-end (dengan tanda sempang). 2. Istilah dalam bahasa Melayu untuk back-end dalam bidang komputer ialah:

  1. back-end = bahagian belakang
  2. back-end tools = alat bahagian belakang
  3. back-end phases = fasa bahagian belakang
  4. back-end processor = pemproses bahagian belakang
Sekian. Terima kasih.
Istilah15.05.2017
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasihUntuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima danĀ Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi.Tatabahasa21.03.2013
Merujuk kepada soalan dan jawapan yang diberi: Beberapa orang murid yang tekun mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan. ( Beberapa orang murid mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun) Saya sering keliru dengan kata adjektif, ditulis di depan atau di belakang dan bagaimana menentukan di mana yang paling sesuai ditulis?Kata adjektif sebagai predikat boleh hadir di bahagian belakang kerana kata adjektif boleh hadir sebagaiĀ unsur inti dalam frasa adjektif atau boleh hadir sebagai keterangan dalam frasa kerja. Tidak ada jalan mudah untuk mengenal binaan ayat dengan betul, melainkan belajar dan melihat contoh binaan ayat yang diterangkan bab demi bab dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa16.07.2014
1234

Kembali ke atas