Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SETIAUSAHA

Burung setiausaha ialah burung Afrika yang

tinggi yang mempunyai bulu pelepah panjang

yang berjurai dari bahagian belakang kepalanya.

UMUM 
SAKIT BELAKANG

Sakit belakang ialah kesakitan yang berlaku

di bahagian tulang belakang. Ia merupakan

gangguan biasa yang paling kerap menjejaskan

bahagian belakang sebelah bawah tetapi boleh

melibatkan mana-mana terus tulang belakang.

UMUM 
ADJUTAN

Adjutan ialah nama dua spesies burung besar

dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India

dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira

1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2

meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai

badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan

sayapnya berwarna kelabu tua.

UMUM 
TENGGALA

TENGGALA, alat pertanian untuk menggembur tanah. Tenggala juga dikenal sebagai bajak. Alat tradisional ini telah diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman dahulu. Tenggala ditarik oleh lembu atau kerbau. Bagi tanah yang agak keras, petani menggunakan dua ekor lembu dan seekor kerbau untuk menarik tenggala. Petani yang menggunakan tenggala mengemudikan perjalanan haiwan di bahagian belakang sambil menekan bahagian mata tenggala ke dalam tanah.

BUDAYAAlat/Alatan
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
SPINA

Spina ialah bahagian rangka yang menganjur ke

bawah di tengah belakang. Ia terdiri daripada satu

turus tulang yang dikenali sebagai vertebra. Spina

memainkan peranan yang penting dalam postur

dan pergerakan, dan ia juga melindungi korda

spina. Spina juga dikenali sebagai turus spina,

turus vertebra, atau tulang belakang. Haiwan yang

mempunyai spina dinamakan vertebrat.

UMUM 
EKOR

Ekor ialah bahagian badan haiwan vertebrat

yang menganjur ke belakang menjangkaui pelvis.

Pada haiwan tanpa anggota, ekor ialah bahagian

badan yang menganjur menjangkaui dubur.

UMUM 
MASTOID

Mastoid ialah satu daripada lima bahagian

tulang temporal tengkorak. Ia terletak di tepi

tengkorak, belakang sedikit daripada telinga.

UMUM 
NUMBAT

Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus

besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang

menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian

atas numbat berwarna merah karat dan bahagian

bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi

oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam

terentang pada mata dari muncung ke telinga.

UMUM 
123

Kembali ke atas