10.1.102.43


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
posteriorposteriorKedudukan yang berhampiran dengan bahagian belakang struktur tertentu. Contohnya, bahagian belakang tubuh.Menengah Atas
medula oblongatamedulla oblongataBahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. Lihat RajahMenengah Atas
gigi gerahammolar toothGigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan.Sekolah Rendah
dorsaldorsalKedudukan yang merujuk permukaan bahagian atas badan haiwan. Bagi manusia, dorsal merujuk bahagian belakang badan. Lihat RajahMenengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
ekortailBahagian tulang belakang yang menganjur keluar dari punggung dan dapat digerak-gerakkan. Lihat RajahSekolah Rendah
sumbuhornStruktur runcing yang melengkung ke belakang dari bahagian hidung badak. Lihat RajahSekolah Rendah
pelvispelvis1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas