Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahawa: saya tahu ~ ia malas; basa I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extensible style languagebahasa gaya diperluasTeknologi MaklumatPerisianBahasa transformasi yang membenarkan pengguna untuk menerangkan cara memformat dan memindahkan fail yang dikod dalam piawaian XML. Bahasa ini menggunakan sintaks XML yang sah. Bahasa ini dikategorikan dalam keluarga berikut: i. XSLT - Bahasa XML bagi mengubah dokumen XML. ii. XSL-FO - Bahasa XML bagi mengkhususkan format visual dokumen XML. iii) XPath - Bahasa bukan XML yang digunakan oleh XSLT untuk merujuk bahagian dokumen XML.
interpreterpentafsirTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang melaksanakan perintah dalam bahasa pengaturcaraan. Atur cara ini boleh melakukan tugas seperti yang berikut: i. Melaksanakan kod sumber secara langsung. Contohnya, bahasa pengaturcaraan BASIC. ii. Menterjemahkan kod sumber kepada perwakilan perantara yang berkesan dan seterusnya melaksanakan kod tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Perl, Python, MATLAB dan Ruby. iii. Menjalankan kod yang terkompil yang terhasil daripada proses pengkompilan. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java. Pentafsir berbeza dengan pengkompil yang biasanya digunakan oleh bahasa pengaturcaraan seperti Java dan C. Lihat juga pengkompil.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.
zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gambus, gendang marwas dan gendang dok, (ii) tarian dan muzik zapin Melayu yang diperkenalkan dalam kalangan masyara­kat Melayu melalui teater bangsawan dan pentas joget pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an serta melalui filem Melayu pada tahun 1950-an. Zapin Melayu diiringi alat muzik seperti biola, akordion, gambus, seruling, dok, rebana dan tamburin. Contoh zapin Melayu ialah Gambus Palembang dan Zapin Maulana. 


Kembali ke atas