Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa kebangsaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA BAHASA KEBANGSAAN

AKTA BAHASA KEBANGSAAN, akta untuk menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Siri pertamanya ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Akta No. 10 Tahun 1963) manakala siri keduanya Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (Akta No. 7 Tahun 1967) dikanunkan setelah genap 10 tahun dari hari merdeka.

BAHASAKonsep
BULAN BAHASA KEBANGSAAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN, kegiatan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.  Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam tahun yang bermula dari 1960 dan berakhir pada tahun 1966. Tujuan utama pelaksanaan BBK adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, dan adat resam.  Usaha mengadakan BBK ini menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjadikan  bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

BAHASAKegiatan
MINGGU BAHASA KEBANGSAAN

Minggu Bahasa Kebangsaan (MBK) ialah aktiviti kebahasaan yang berlangsung selama satu minggu secara serentak di seluruh Tanah Melayu. Ia dilancarkan pada 30 Januari 1960 dan berakhir pada 6 Februari 1960.

BAHASAKegiatan
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) ialah jawatankuasa yang dibentuk pada 7 Julai 1964 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur untuk menentang pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957.

BAHASAInstitusi/Organisasi
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN

KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama.

BAHASABahasa
BAHASA KEBANGSAAN BAHASAKonsep
BAHASA KEBANGSAAN (NATIONAL LANGUAGE) BAHASAKonsep
KOVENSYEN BAHASA KEBANGSAANkovensyen sehari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Canselor, Universiti Malaya.BAHASAKegiatan
JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

JABATAN BAHASA UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, jabatan yang pada awalnya dikenal sebagai Bahagian Bahasa Kebangsaan Kolej Pertanian Malaya. Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1968 setelah diluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Pada tahun 1971, Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris dicantumkan menjadi Bahagian Bahasa sahaja. Kemudian pada tahun 1972, setelah tertubuhnya Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (mengikut Perintah Perbadanan,       29 Oktober 1971), Bahagian Bahasa diubah menjadi Jabatan Bahasa. Jabatan Bahasa diletakkan di bawah Fakulti Pertanian. Tiga tahun kemudian Jabatan Bahasa digabungkan dengan dua jabatan lain bagi membentuk satu fakulti baharu yang dikenal sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan (sekarang dikenal dengan nama Fakulti Pengajian Pendidikan).

BAHASAInstitusi/Organisasi
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

BAHASAKonsep
12345

Kembali ke atas