Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hu] | باهو

Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hu] | باهو

Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
SENTORA

Sentora ialah makhluk dalam mitologi Yunani.

Makhluk ini mempunyai kepala, lengan, dan bahu

manusia dengan bahagian bawah tubuh serta

kakinya seperti kuda.

UMUM 
AKORDION

Akordian ialah  alat muzik jenis lelidah,

yang disangkut talinya pada kedua-dua belah

bahu pemain. Pemain menegang dan mengempis

kuak ( belos ) . Setiap pergerakan memaksa udara

melalui lelidah yang diperbuat daripada logam,

membuatkan ia bergetar dan menghasilkan bunyi.

UMUM 
NIJINSKY, VASLAV

Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang

terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan

mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh.

Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya

dengan penuh kesungguhan sehingga

penampilannya nampak berubah daripada satu

peranan kepada peranan yang lain.

UMUM 
ORION

Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang

termasuk dua daripada bintang yang paling terang

di langit. Orion sering digambarkan membelakangi

kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang

terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya.

Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel

menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang

lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu

kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal

pasti melalui satu baris tiga bintang yang

membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang,

yang terbentuk daripada sebaris bintang yang

malap, tergantung dari tali pinggangnya.

UMUM 
SERIGALA BERBULU

Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan

besar yang menyerupai serigala yang terdapat di

Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu

berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap

di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya.

Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang,

dan berkaki panjang yang membolehkan

haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi.

Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras

bahu.

UMUM 
KUDA PADI SHETLAND

Kuda padi Shetland adalah satu daripada kuda

baka terkecil. Tingginya dari 80 sentimeter hingga

115 sentimeter pada paras bahu. Baka ini berasal

dari Kepulauan Shetland di luar pantai Scotland.

UMUM 
OKAPI

Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan

tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di

Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah

pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5

meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan

zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan

okapi berwarna perang berangan tua, mukanya

putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang

putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk

yang pendek dan berbulu.

UMUM 
ORYX

Oryx ialah nama tiga spesies antelop yang hidup di

kawasan gurun. Kesemuanya mempunyai bulu

berwarna cerah yang berbaur dengan latar

persekitarannya. Tompok-tompok gelap jelas

kelihatan pada mukanya. Oryx tingginya sehingga

satu meter pada paras bahu.

UMUM 
123

Kembali ke atas