Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/] | باءيق

Definisi : 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam,
     oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Bermaksud :

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(335)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(109)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
juruh I[dZ:u.Äuh]kata adjektifberbudi bahasa dan berperangai baik.Budok tu juruh bena, tok leh nok tek.[bu.d/ tu dZ:u.Äuh b«.nA t/ leh n/ t:e)/]Budak tu berbudi bahasa dan berperangai baik sungguh, tak boleh dipertikaikan lagi.
maja[mA.dZA]kata adjektiftidak bernasib baik (selalu ditimpa kemalangan, selalu susah dan lain-lain), sial, malang.Maja sunggoh ari ni, gi ngae, ike seko pong tok leh.[mA.dZA suN.goh A.Äi ni gi N:Ae i.kE sE.k poN t/ leh]Malang sungguh hari ni, pergi memancing, seekor ikan pun tak dapat.
krenak[kÄE.nA/]kata kerjamelakukan sesuatu yang tidak baik seperti mengganggu dan lain-lain (terutama kanak-kanak).Kito ni, jange dok krenak, nyo beci ko ore.[ki.t ni dZA.NE do/ kÄE.nA/ ø b«.tSi k .ÄE]Kita ni, jangan suka mengganggu, nanti dibenci orang.
tonye[t.øE]kata kerjamencebikkan muka untuk mengejek.Jange tonye ko ore, tok baek.[dZA.NE t.øE k .ÄE t/ bAe/]Jangan cebikkan muka kepada orang, tak baik.
bo[b:]kata tugasjangan, sudah, cukup.Bo la buwak krijo hok tok molek tu.[b: lA bu.wA/ kÄi.dZ h/ t/ m.lE/ tu]Berhentilah buat perkara yang tak baik tu.
deh[dEh]kata kerjamendedahkan sesuatu yang seharusnya terselindung atau tertutup.Tok baek mung dok deh rambok mung tu ko ore.[t/ bAe/ muN do/ dEh ÄAm.bo/ muN tu k .ÄE]Tak baik kamu mendedahkan rambut kamu tu kepada orang.
rajeng[ÄA.dZeN]kata tugaspernah.Mung ni tok rajeng baya ute, tok baek tau.[muN ni t/ ÄA.dZeN bA.jA u.tE t/ bAe/ tAw]Kamu ni tak pernah bayar hutang, tak baik tau.
nawok[n:A.w/]kata adjektifbohong.Bakpo gak, mung kecek nawok sokmo, tok baek.[bA/.p gA/ muN k:E.tSE/ n:A.w/ s/.m t/ bA.e/]Kenapa kamu selalu bercakap bohong, tak baik.
gemuloh[g«.mu.lh]kata namaarwah.Gemuloh ayoh ambo baek tlajok, kalu mung nok tahu gak.[g«.mu.lh A.jh Am.b bAe/ tlA.dZ/ kA.lu muN n/ tA.hu gA/]Arwah ayah saya terlalu baik orangnya, kalau kau hendak tahu.
kewa[kE.wA]kata kerjamengayun ke belakang dan ke hadapan seperti tangan, kayu dan lain-lain.Mae kewa tange diyo, mujo tok keno aku.[mA.E kE.wA tA.NE di.j mu.dZo t/ k«.n A.ku]Mail mengayunkan tangannya, nasib baik tak kena aku.
12

Kembali ke atas