Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/] | باءيق

Definisi : 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Tak hilang cahaya manikam,
     oleh jatuh ke limbahan sekalipun.

Bermaksud :

Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(335)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ong[N]kata kerjabernasib baik.Ari ni dia ong pasai tu la dia senyum saja.[A.Òi ni di.jA N pA.sAj tu lA di.jA s«.øum sA.dZA]Hari ini dia bernasib baik, sebab itulah dia senyum sahaja.
buat kerin[bu.wAt k«.Òin] keadaan selamba seseorang selepas melakukan sesuatu perbuatan (yang tidak baik) sebagai reaksi terhadap tuduhan ke atasnya.Semua orang nampak dia ambek buah tu tapi bila orang tudoh dia, dia buat kerin saja.[s«.mu.wA .ÒAN nAm.pA/ di.jA Am.be/ bu.wAh tu tA.pi bi.lA .ÒAN tu.doh di.jA di.jA bu.wAt k«.Òin sA.dZA]Semua orang melihat dia yang mengambil buah itu tetapi apabila dituduh, dia berlagak seolah-olah tidak melakukannya.
cekot[tSE.kt]kata namasejenis tumbuhan (seperti pokok manggis ) yang tumbuh di dalam hutan, kayunya baik untuk dibuat alu kerana berat dan tumpat.   
polok[p.l/]kata kerja1. sikap seseorang yang haloba, tamak dan ingin memiliki semuanya.Bila dapat peluang baek dia polok sorang saja.[bi.lA dA.pAt p«.lu.wAN bAe/ di.jA p.l/ s.ÒAN sA.dZA]Bila mendapat kesempatan yang baik, dia bolot seorang sahaja.
gedohoq[g«.dâ.hâÖ]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Bila nak masak dodoi, lebeh baek guna gedohoq.[bi.lA nA/ mA.sA/ d.dj l«.beh bAe/ gu.nA g«.dâ.hâÖ]Apabila hendak mengacau dodol, lebih baik menggunakan dapur gedohoq.
merelop[m«.ÒE.lp]kata adjektifkeadaan waktu hampir akan malam, senja kala, senja.Budak-budak kecik tak baek maen kat luaq rumah masa merelop.[bu.dA/.bu.dA/ k«.tSi/ tA/ bAe/ mAen kAt lu.wA)Ö Òu.mAh mA.sA m«.ÒE.lp]Kana-kanak tidak baik bermain di luar rumah pada waktu senja.
koi I[kj]kata namaketul tanah atau dataran tanah yang keras (umpamanya ketul-ketul tanah di sawah yang kering kontang).Dia balin adek dia dengan ketoi tanah koi, naseb baek tak kena.[di.jA bA.lin A.de/ di.jA d«.NAn k«.toj tA.nAh kj nA.seb bAe/ tA/ k«.nA]Dilempari adiknya dengan seketul tanah keras, nasib baik tidak mengenainya.

Kembali ke atas