Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri
mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”.
Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”,
“al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”.
Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri
mereka sebagai “pendukung keadilan dan tauhid”.
Mereka dikenali dengan gelaran “al-Muktazilah”,
“al-Qadariyyah” dan “al-‘Adliyyah”. Pengikut aliran
ini berpendirian bahawa manusia mempunyai
kemampuan yang terbatas untuk memilih
perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah
Taala yang bermaksud: “Dan Kami telah
menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan
untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk
dijauhinya)”.
(Surah al-Balad 90:10 )