Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lai] | بالاي

Definisi : 1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung tirjup, Lanius tigrinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : 1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BALAI RASMI LEMBAGA ADAT UNDANG NANING KE 19 LOT NO 190 PERSIARAN BUNGLO A' FAMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAHUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain23.01.2015
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah.

2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam.

3. Ayah menggantung gambar pada dinding.

 

Tatabahasa25.01.2015
observatorybalai cerapLain-lain03.11.2008
Salam. Sekolah kami ingin menamakan secara rasmi dewan makan sekolah dengan nama Balai Santapan. Adakah itu dibenarkan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Balai ialah gedung, rumah (untuk awam) atau pejabat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Kedua maksud santapan pula ialah makanan atau minuman atau apa-apa yang disantap. Maka penggunaan Balai Santapan betul dan boleh digunakan bagi dewan makan.Makna19.09.2019
Adakah terjemahan 'balai berlepas' boleh digunakan untuk 'departure hall' (di lapangan terbang)?Salam sejahtera,

Puan,

Balai berlepas dalam data kami merujuk kepada dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang. Puan boleh menggunakan padanan ini jika sesuai. 

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan02.03.2018
Balai polis itu terletak di antara rumah Ahmad dan/dengan rumah Raju. Penggunaan kata yang mana lebih tepat? Dan atau dengan?Kata sendi nama yang betul ialah dengan. Balai polis itu terletak di antara rumah Ahmad dan rumah Raju.Tatabahasa01.10.2013
Ikuti kereta saya ke balai. Ayat ini betul ke?

Cadangan jawapan yang sesuai ialah “Ikut kereta saya ke balai”.

Tatabahasa06.12.2023
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berdasarkan ayat yang saya berikan ini. "Baginda menitahkan agar laksamana datang menemui baginda di balai penghadapan dengan segera." Soalan 1: Adakah perkataan "menitahkan" dalam ayat ini salah? Soalan 2: Apakah maksud "balai penghadapan" dalam ayat yang diberikan?
1. Perkataan menitahkan betul, namun ayat tersebut perlu dibaiki menjadi "Baginda menitahkan laksamana datang mengadap baginda...".
2. Balai penghadapan ialah tempat rakyat mengadap raja.

Tatabahasa01.05.2014
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah1. Banyak orang berkumpul di balai raya.
2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia

Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.
Tatabahasa09.05.2012
12345

Kembali ke atas