Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di
bahagian barat negeri Johor yang menghala ke
Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini
bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan
dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari
Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya.
Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar
dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat
Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar,
iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek,
Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga,
Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang,
Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri
Menanti.