Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.dung] | باندوڠ

Definisi : dua benda yg dirangkaikan, pasang; dapur ~ dapur kembar (hanya diperbolehkan oleh Yamtuan di Seri Menanti);sebandung sepasang, dua serangkai; ayam ~ dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur; rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu; telur dua ~, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam.. saya nak tanya, mi bandung yang betul Mi Bandung atau mi bandung?Penggunaan yang betul ialah "mi bandung" iaitu ditulis dengan huruf kecil.Ejaan05.04.2023
"mi bandung muar" atau "mi bandung Muar"?Ejaan yang betul ialah "mi bandung Muar"Istilah14.06.2007
Bagaimana menulis nama makanan yang diberi nama khusus, contohnya kek red velvet, mi bandung, dan sebagainya. Perlukah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya?Nama menu ditulis dengan huruf kecil seperti kek red velvet dan mi bandung.Ejaan06.11.2012
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan

Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.

Tatabahasa09.12.2009
Kami ingin mengadakan lawatan di Universiti di sekitar Indonesia yang menawarkan program Pengajian Melayu. Apakah universiti yang sesuai untuk dilawat dan mempunyai kerjasama dengan DPB?Puan, antara universiti di Indonesia yang pernah menjalin hubungan kerjasama dengan DBP ialah:   
  1. Universitas Sumatera Utara
  2. Institut Teknologi Bandung
  3. Universitas Hasanuddin, Makassar
  4. Institut Teknologi Bandung
  5. Universitas Hasanuddin, Makassar
  6. Universitas Islam, Makassar
  7. Universitas Pakuan, Bogor
  8. Universitas Muhammadiyah Surakarta, Solo
  9. Universitas Mulawarman, Banjar Masin
  10. Universitas Negeri Makassar

 

Lain-lain14.04.2012
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat"Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial.Makna22.09.2014

Kembali ke atas