Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ku] | بڠکو

Definisi : 1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat drpd kayu, batu, dsb utk dua orang atau lebih; 2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya utk seorang; 3. meja yg berkaki tempat bertukang (menggergaji dll); ~ lipat bangku yg dapat dilipat; ~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ku] | بڠکو

Definisi : tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangku

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bentuk penggandaan kata majmuk yang membawa makna kiasan: kaki-kaki bangku @ kaki bangku-kaki bangkuKaki-kaki bangku.Tatabahasa22.04.2010
Makna Untuk 1. Bangku SekolahBangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah.Makna04.01.2010
Ingin tanya tentang pengunaan frasa 'di atas' Ali sedang duduk di atas bangku. Ali sedang duduk sambil membaca surat khabar di atas bangku.Penggunaan frasa "di atas bangku" adalah betul dalam ayat.Tatabahasa10.10.2013
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasihGambar yang dipaparkan ialah kerusi kerana dalam kamus maksud bangku ialah temput duduk yang biasanya tiada tempat bersandar dan tempat meletak tangan.Makna25.06.2014
Adakah bangku sekolah ialah kata majmuk?Bangku sekolah bukan kata majmuk.Lain-lain15.06.2023
1. “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.”, “Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak bangku sekolah.” Ayat manakah yang betul? 2. “hari ibu” atau “Hari Ibu”?
  1. Ayat yang betul ialah Latif bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah.
  2. Ejaan yang betul ialah Hari Ibu, iaitu bagi menandakan hari khusus apabila dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Ejaan25.01.2015
mohon pencerahan maksud bangku ialah tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. Jika gambar yang dilampirkan bersama ini dinamakan bangku atau kerusi? sekian, terima kasihGambar yang dipaparkan ialah kerusi.Makna25.06.2014
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang definisi "bangku sekolah". Saya tidak dapat mencari makna bagi perkataan ini dalam Kamus Dewan. Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Bangku sekolah ialah 1. zaman/masih dalam persekolahan, 2. tempat duduk di sekolah.Makna08.02.2012
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Sila pastikan fakta yang betul dan tepat.
Lain-lain27.01.2021
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVMKata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang.Tatabahasa24.05.2011
12

Kembali ke atas