Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjir


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berpeluk tubuh.Maso boh gini, mung jange dok paok bika tanggok sajo, gi la buak gapo-gapo.[mA.s bh g:i.ni muN dZA.NE do/ pAo/ bi.kA tAN.go/ sA.dZ gi lA bu.wA/ g:A.p.g:A.p]Masa banjir begini, kamu janganlah hanya berpeluk tubuh saja, pergilah buat apa-apa kerja.

Kembali ke atas