[ban.jir] | بنجير
Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)