Archibald, Jules Francois (1856–1919), banyak
menyumbang terhadap perkembangan sastera dan
seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu
mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua
pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun.
Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis
cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut.
Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis
muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson.
Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan.
Archibald juga membantu mengasaskan majalah
The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua
pengarang sastera untuk majalah Smith’s Weekly .
Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni
tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya
yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir
di Kildare, Australia.