Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.krap] | بڠکرڤ

Definisi : (berada dlm keadaan) tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis: syarikat itu ~ akibat kerugian besar yg dialaminya;membankrapkan menyebabkan (menjadikan) bankrap, menyebabkan menjadi bankrap (atau muflis);kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan: kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.krap] | بڠکرڤ

Definisi : 1 menderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dpt diteruskan. 2 jatuh miskin dan habis harta bendanya. kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap; kemuflisan: Kemerosotan ekonomi menyumbang kpd berlakunya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bankrap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah jatuh. Penggunaan "jatuh" dalam ayat ini salah. Adakah "bangkrap" lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut?Perkataan yang lebih sesuai ialah bankrap. Bankrap bermaksudmenderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dapat diteruskan. Kedua, jatuh miskin dan habis harta bendanya.Tatabahasa10.04.2013
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah bankrap. Bolehkah Penggunaan "Disebabkan" digunakan sebagai penanda wacana depan ayat? Terima kasih.Perkataan "Disebabkan" tidak boleh digunakan sebagai pangkal ayat.  Tambahan pula "Disebabkan" bukan penanda wacana. Penulisan begini lebih kepada gaya bahasa Inggeris.Tatabahasa05.03.2014
Yang Mana Kah Perkataan Yang Betul, Bangkrap, Bangkrut, Bengkerap.Ejaan yang betul ialah bankrap.Ejaan25.06.2010
Apakah maksud ayat ini?Bagaimanakah pertukaran makna ayat menjadi ayat lain tetapi makna ayat sama dengan ayat ini. "Jadi, secara tidak langsung kumpulan T20 akan cepat pulih sekiranya bankrap. Berbeza dengan B40 dan M40 yang tidak mempunyai aset," katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.Apa yang dapat kami fahami, ayat ini bermaksud, sekiranya diisytiharkan bankrup, kumpulan T20 lebih cepat pulih daripada kemelut ekonomi kerana kumpulan T20 mempunyai liabiliti yang perlu diurus berbanding dengan kumpulan B40 dan M40.Tatabahasa15.08.2021
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam.

1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin.

2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. –  Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam.

3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya.

4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain.

5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu.

Tatabahasa11.11.2020

Kembali ke atas