Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. | Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. | Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. | Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur tak lelap, makan tak kenyang. | Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim bagai katak di tepi air. | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. | Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air beriak tanda tak dalam. | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bondong air bondong ikan. | Orang banyak yang menurut arahan pemimpinnya. bondong = kelompok, tompok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |