Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; gajah ~ Pr gajah ganas; ® barak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tr kembara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ~ api api yg masih ada pd arang atau pd kayu tetapi tidak bernyala. membara 1 menjadi bara; panas atau berapi spt bara. 2 ki bergelora dgn amat sangat; meluap-luap; berkobar-kobar: Di hati, ~ semangat ingin berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bara

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Genggam bara api biar sampai jadi arang.Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak bara hangat.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan.Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tarik puntung padamlah bara.Berbuat sesuka hati kerana sudah tidak ada bahaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungkal tak berbalik, unggun padam bara.Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tidur di atas miang.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas