Salam sejahtera. Dalam tatabahasa dewan m/s526, 'dan' juga merupakan penanda wacana, iaitu sebagai penghubung tambahan. Bolehkah pihak tuan memberikan contoh ayat supaya saya lebih memahami fungsi 'dan' sebagai penanda wacana? Sekian, terima kasih. | Saudara, Contoh ayat adalah seperti yang berikut: Ahmad menghidap barah paru-paru. Doktor meramalkan Ahmad dapat hidup dalam tempoh tiga bulan. Dan, tiga bulan selepas itu, Ahmad pun meninggal. | Tatabahasa | 11.07.2010 |