limited policy | polisi terhad | insurans | Tiada | Polisi insurans hayat yang membayar faedah apabila berlakunya peristiwa luar jangka yang ditetapkan sahaja, seperti barah. Ini berbeza dengan polisi yang memberi perlindungan ke atas segala kemalangan kecuali yang dinyatakan. |
gold powder | serbuk emas | Fizik | Nanoteknologi | Adunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah. |
magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonans magnet (MRI) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |